Sign In

MOH celebrates Nuzul Al-Quran

PRESS INFO

MAJLIS SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN, KHATAM AL-QURAN DAN PENYAMPAIAN DERMA ANAK-ANAK YATIM BAGI KEMENTERIAN KESIHATAN DAN JABATAN-JABATAN DIBAWAHNYA TAHUN 1445H/2024M

 

Selasa, 22 Ramadhan 1445H bersamaan 02 April 2024M - Kementerian Kesihatan mengadakan Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran, Khatam Al-Quran dan Penyampaian Derma kepada anak-anak yatim sempena bulan Ramadhan pada tahun ini. Majlis tersebut diadakan di Dewan Al-'Afiah, Kementerian Kesihatan anjuran bersama Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan dan Jabatan Perkhidmatan Kesihatan.

 

Tetamu Kehormat di majlis ini ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah, Tahtim dan Doa Khatam serta laungan Dikir Marhaban. Seterusnya, penyampaian derma kepada 54 orang anak yatim disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan. Penerima-penerima derma terdiri daripada warga Kementerian Kesihatan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya. Majlis diakhiri dengan Doa Selamat oleh Yang Mulia Ustaz Haji Nor Asilin bin Haji Puting, Ketua Unit Perkhidmatan Ugama, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

 

Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Haji Maswadi bin Haji Mohsin, Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan, Yang Mulia Dr Ang Swee Hui, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan (Profesional), Yang Mulia Dyg Siti Ajar binti Haji Yusop, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan), Ketua-ketua Jabatan, beserta pegawai-pegawai dan kakitangan di Kementerian Kesihatan.

 

- T A M A T -

 

Tarikh:           22 Ramadhan 1445H / 02 April 2024M

Rujukan:        KK/PR/3/1


Attachments